Novel Tak Mungkin Dia

Assalamualaikum....



Hah! Nak buat review untuk novel buat kali kedua. Hehe. Saja nak buat review sebab tadi aku cari review untuk novel ni tak banyak pun. Jadi, aku nak kongsikan jugaklah pendapat aku tentang novel ni. Novel Tak Mungkin Dia. Baru je habis baca novel ni. Novel ni agak lama untuk aku habiskan walaupun hanya 519 m/s. Selalunya kalau setebal tu dalam 2 atau 3 hari dah habis.




NI COVER DIA

PENULIS: RANIA FIRDAUS



SINOPSIS



Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.

Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya.




Okey, kalau malas nak baca sinopsis suka hati lah. Tapi kalau tak baca sinopsis macam mana nak tahu cerita dia kan? Sorry erk, aku malas nak buat ringkasan untuk sinopsis dia. Tak kuasa I tawww!! :p Okey, ramai orang kata best. Tapi aku rasa macam tak puas sangat la.



Citarasa orang lain-lain jadi tak payah risau. No worries, happy ending. No worries, hero and heroin dia cantik and hansome and dua-dua kaya. Okey, yang bab watak dia tu kira okeylah dari segi fizikal. Ecewah, macam aku nampak pulak diaorang betul betul.



Okey baik, aku dah nak bagi pendapat aku tentang novel ni. Novel ni aku rasa tak masuk dengan citarasa aku sangat. Satu sebab Erina tu dia sikit-sikit terkejut lepastu pengsan. Terkejut pengsan. Dua, Erina tu kerap sangat murung murung murung dan murung. Hal kecil pun dia murung. Lepastu jadilah 'mayat hidup'. Terlalu kerap sangat dia murung tu yang tak best. Tiga, Erina terlalu baik sangat. Empat, ramai yang nak masuk meminang dia. 



Pasal yang aku tak best pasal benda-benda kat atas tu lah. Semua pasal heroin dia. Tapi, macam mana pun tahniah untuk penulis dia yang super duper manis (tengok gambar dekat mukasurat belakang). Kalau aku nak menulis pun belum tentu tercapai lagi macam yang Rania Firdaus dah capai. Overall, aku bagi 3.5/5.



Nasihat aku, belilah novel ni. Mungkin citarasa daku dengan kamu berbeza. Ayat kemain. Janganlah dengar sangat aku punya pendapat pasal novel ni sebab ramai jugak yang kata novel ni best. Okey, dah itu saja. Assalamualaikum dear! ;)












2 comments:

❤Tulis apa sahaja yang anda nak tulis. Hak menulis hak anda. Tapi andai ada yang tidak berkenan dek hati saya, akan didelete komennya ya... Setiap komen pasti akan saya baca dan maafkan saya kalau ada yang tak terbalas.. Jangan malu-malu untuk kongsikan pendapat anda ya, sayangs!❤